Bantuan Ramadhan Raja Muda Selangor di Klang

DYTM Tengku Amir Shah

20 Jun 2016, KLANG – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah, Raja Muda Selangor (DYTM Raja Muda Selangor) telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Klang. Initiatif ini di inspirasikan oleh DYTM Raja Muda Selangor sendiri. Selain itu, DYTM Raja Muda Selangor juga inigin menggalakkan penglibatan belia di dalam program-program kesukarelaan melalui penglibatan kelab pelajar Saito College di dalam kelangsungan program ini.

Penerima-penarima kawasan pertama yang terpilih adalah kariah surau Al Muhajirin, di Jalan Nenas Meru , Klang. Seramai 29 penerima yang merupakan warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim, ibu tunggal dan golongan asnaf menerima sumbangan berbentuk beras, gula tepung dah keperluan asas. Segi Fresh telah tampil dengan sumbangan barang-barang keperluan tersebut. Penerima kawasan kedua terdiri dari 68 penerima kariah Masjid Kampung Perepat, Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat, 42200 Kapar, Selangor. Penerima juga terdiri daripada golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim, ibu tunggal dan golongan asnaf. Seperti di kampung pertama, sumbangan berbentuk beras, gula tepung dah keperluan asas tajaan Segi Fresh.

Tuanku Raja Muda Selangor juga sempat melawat empat buat rumah di kedua-dua buah kampung.

  • Rumah pertama: Hj Kamsin bin Hj Supardi, 78 tahun, menghidap kencing manis & darah tinggi. Tinggal bersama isteri, Hafsah Abdul Rahman, 69 tahun;
  • Rumah kedua: Adik Nur Batrisyah Hajirah bt Jafri, 10 tahun, OKU, anak ke-2 daripada 4 adik-beradik, Rafiza bt Mad Mahfod (ibu), Jafri bin Mat (ayah);
  • Rumah ketiga: Mohd Atan bin Mohd Yakob , 45 tahun, tinggal bersama Noor Nizam (isteri) dan mempunyai 2 orang anak – 15 tahun & 14 tahun, yang turut mengalami kecacatan fizikal secara turun temurun;
  • Rumah keempat: Jaisom Ngah, 82 tahun, mengalami kesan strok sejak tahun 2013.

Kesemua penerima sumbangan disenarai pendek oleh AJK Kariah Surau dan Masjid. Program ini merupakan program permulaan dari semua pihak. DYTM Raja muda berharap agar dapaty meneruskan program-program seumpama ini di masa hadapan dengan skala yang lebih besar dan ke seluruh pelusuk negeri Selangor.


 


The Author

Haziq Asyraf